Lagi Foto




Salah satu program utama Akrab BERNAMA bagi Tahun 2017 adalah mengadakan lawatan kerja ke Batam, Indonesia.

Seramai 9 orang ahli Akrab BERNAMA yang diketuai oleh Pengurus Besar BERNAMA, Datuk Zulkefli Salleh yang merupakan Pengerusi Akrab BERNAMA, telah ke Batam dari 1 hingga 3 Mei 2017.

Tujuan lawatan kerja tersebut diadakan selain bagi memperkenalkan Akrab BERNAMA ia juga adalah bagi berkongsi pengalaman serta juga bagi mengeratkan silaturrahim dengan Persaudaraan Jurnalis Muslim di Batam. Pihak Persaudaraan Jurnalis Muslim tidak melepaskan peluang mengadakan dialog dengan Pengurus Besar BERNAMA, dimajlis makan malam khas dirancang bagi tujuan tersebut.

Sebelum itu, ahli-ahli rombongan akrab BERNAMA juga telah menemui Walikota Batam, yang diwakili oleh Bapak Amsakar Achmad di pejabat Walikota Batam.  Bapak Amsakar telah memberikan taklimat ringkas berkaitan perkembangan Kota Batam dan berkaitan aktiviti-aktiviti pelancongan di Batam.



Majlis Makan Malam AKRAB BERNAMA Persaudaraan Jurnalis Muslim di Batam

   
       
   


Di Pejabat Walikota Batam


Bersama Bapak Amsakar Achmad

   


Sementara menunggu untuk bertemu Walikota Batam

   
         

Selepas bertemu Walikota

   

Lawatan Ke Studio Perfileman Di Batam


Taklimat oleh Pegawai Studio